William Sheldon mengetengahkan pendekatan fisiologi moden bagi mengenal pasti cirri-ciri seseorang berdasarkan tubuh badan. Pengkajian ini dilakukan dengan mengambil gambar para pelajar perempuan dan lelaki dari university-universiti sekitar Ivy League pada tahun 1930 hingga 1940-an.
Melalui gambar itu dan siri temu bual dengan pelajar yang terlibat, Sheldon mengkategorikan bentuk tubuh badan yang menggambarkan personality yang berbeza.
Kategori Ectomorph
· Individu yang mempunyai saiz tubuh yang kurus dan kecil.
· Gemar melakukan aktiviti secara bersendirian, mengasingkan diri, berfikir serta cenderung kepada sikap introvert ( tidak terlalu gemar bersosial dan bercampur dengan orang ramai)
Kategori Mesomorph
· Individu yang mempunyai saiz tubuh yang sedikit sasa dan berotot serta tegap.
· Individu dalam kategori ini lebih tegas dan jelas dalam sesuatu tindakan.
Kategori Endormorph
· Individu kategori ini dikenal pasti mempunyai saiz tubuh gempal dan berisi.
· Mereka gemar bercampur-gaul, kecenderungan perasaan yang tinggi dan mudah didekati.