Thursday 19 January 2012

lain tubuh lain perangai

William Sheldon mengetengahkan pendekatan fisiologi moden bagi mengenal pasti cirri-ciri seseorang berdasarkan tubuh badan. Pengkajian ini dilakukan dengan mengambil gambar para pelajar perempuan dan lelaki dari university-universiti sekitar Ivy League pada tahun 1930 hingga 1940-an.

Melalui gambar itu dan siri temu bual dengan pelajar yang terlibat, Sheldon mengkategorikan bentuk tubuh badan yang menggambarkan personality yang berbeza.

Kategori Ectomorph
·         Individu yang mempunyai saiz tubuh yang kurus dan kecil.
·         Gemar melakukan aktiviti secara bersendirian, mengasingkan diri, berfikir serta cenderung kepada sikap introvert ( tidak terlalu gemar bersosial dan bercampur dengan orang ramai)

Kategori Mesomorph
·         Individu yang mempunyai saiz tubuh yang sedikit sasa dan berotot serta tegap.
·         Individu dalam kategori ini lebih tegas dan jelas dalam sesuatu tindakan.

Kategori Endormorph
·         Individu kategori ini dikenal pasti mempunyai saiz tubuh gempal dan berisi.
·         Mereka gemar bercampur-gaul, kecenderungan perasaan yang tinggi dan mudah didekati.




1 comment: